ATAT BAH 2008 : Sabah Road Trip - Episode 02
30 03 2008ATAT BAH 2008 : Sabah Road Trip - Episode 02
- The arrival of ATAT-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Kalau dalam episod lepas, kita dapat dengar betapa gusar dan gementar para peserta. Maklum la, mega trip diorg untuk tahun ni. Sekali habis, 700-800 sekali pakai. Nak bayar macam². So tidak dinafikan keterujaan diorg tu mmg nampak sgt la dari riak muka. Hehe. Walau apa² pun, kita sambung pengembaraan kita bersama 23 org anak muda dari semenanjung ni. Jom Off-Track. Kalau dalam siri yg lepas, kita dpt dgr kisah sang kamera Canon, kali ni kita dgr pulak kisah Casio, si jam tangan.
Saya sebuah jam tangan casio
Hari pertama..
Nama saya casio. Kisah pengembaraan saya bermula pada hari sabtu. Time tu la tuan saya beli saya. Tapi dia tak pakai pn saya. Dia simpan je. Bila dh sampai trip nk ke sabah, baru la dia pakai saya. Saya tak kisah sangat la dia pakai ke tak. Yg penting, dia pakai la. Saya nk cite la kisah hari pertama bdk² ATAT ni.
Dingin angin sepoi2 bahasa .. Itu yang saya rasa apabila berada di pintu kapal terbang AirAsia. Saya perasan la, keterujaan 23 org anak muda ni lain macam sket. Kalau dah 1 group pegi sama², dia punye excited lain macam sket. Saya ni gabra la jugak, tapi tetap maintain cool dan tenang. Sepanjang 2 jam 45 minit, takde byk yg boleh dilakukan. Tapi yg pasti, melihat keadaan cuaca di luar, serta kepulan² awan yang cantik membuatkan diriku terasa kerdil dgn ciptaan Yang Maha Esa. Cantik dan indah benar. Tak hairan la, mengapa 23 org anak muda ini sanggup mengembara merentasi Laut China Selatan, hanya untuk menyaksikan keindahan alam. Alangkah bodohnya manusia jika terus melakukan kerosakan di muka bumi ini. (catatan penulis : ada unsur² ceramah sket di sini). Keadaan di dalam pesawat pulak, selain penuh dgn bdk² ATAT ni, dipenuhi jugak ngan pelatih² baru PLKN. Diorg nk gi mendaftar la tu. Saya harap anak² muda ini akan menjadi pelapis yg berguna kepada generasi skrg ini. Berbalik kisah 23 anak muda ini, disebabkan masing² tak duduk dekat², so tiada aktiviti sgt la yg dpt dibuat. Nk main kad pun blum tentu dibenarkan oleh pramugari dan pramugara bertugas. Pemilik saya pn kelihatan agak bosan tapi saya tahu, dihatinya penuh dgn sifat ingin tahu dan ingin mengembara. Biarlah saya cerita sedikit sebyk tentang hari pertama dalam perjalanan 23 anak muda ini mencipta dan memecah rekod tradisi ATAT. Iaitu, dari puncak gunung yg tertinggi, ke dasar lautan pula kami jejak.
![]() |
| Kepulan awan yang kelihatan mcm gula² kapas. Kalau la awan ni boleh dipijak kan best… ishk terujanya. |
![]() |
| Fitri yg cukup girang time ni. Maklum la, bukan senang dia dpt pegi bercuti. |
![]() |
| Lihatlah keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Tak perlu pegi jauh² keluar negeri. Semuanya ada disini. Cuti² Malaysia |
![]() |
| Lapangan Terbang Sandakan. Tempat kami mendarat. Kalau korg nk tau, kitorg turun paling last sekali. Pastu kena sound sbb lambat sgt. Hahaha.. Chill out bro. We are on vacation. |
![]() |
| Terima kasih AirAsia. Kini semua org boleh terbang. Yeah!! Promote sket. Inilah pesawat Airbus-320 kitorg |
Setelah turun dan keluar dari lapangan terbang, saya ikuti lagi rombongan ATAT ini (dah saya sebuah jam tangan, kena la ikut). Masing² berdebar dan menanti apakah bentuk trip yg mereka ikuti kali ini. Biarlah saya ceritakan dalam bentuk yang lebih mudah tapi efektif..
Destinasi pertama : Proboscis Monkey Sanctuary
Sepatutnya inilah destinasi pertama kami. Namun, kita hanya mampu merancang. Tuhan juga yg menentukan. Jalan masuk ke Proboscis Monkey Sanctuary aka monyet belanda ni, tak bape elok. Bas yang membawa kami tak dapat nk lalu jalan ni. Nk buat camne, tapi kami tak mudah putus semangat. Pas makan, ada lagi tempat utk dilawati.
Destinasi Kedua : Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok
Jangan tertipu dgn nama diatas. Sesungguhnya Orang Utan yg berada di sini bukan disbbkan masalah dadah, tp pemulihan yg membawa maksud pemeliharaan. Orang Utan ni pun boleh diklasifikasi sbg spesis terancam. Nak masuk sini bukan free. Kena bayar beb. Bayaran masuk yg dikenakan ialah RM5.00. Kamera pun tak boleh nk bawak masuk. Kalau nk bawak masuk, kena bayar lagi. RM10 klu tak silap (nnt aku edit balik kalau salah). Tapi kami tak kisah. Asalkan dapat lihat orang Utan ni, sanggup kami bayar. Demi alam yg kami cintai. Antara peristiwa menarik time kat sini :-
1. Penemuan ular yg berwarna kuning yg diberitahu tak berbisa.
2. Juga ular hijau (yg bisa diorg ckp berbisa) di dlm kawasan ini.
3. Kitorg smp awal seblum jam 3. Excited jugak la time tu. Time tu Orang Utan ni belum muncul lagi, mata masing² mula meliar cari akan Orang Utan. Perasaan mula gembira apabila kelibat beberapa ekor Orang Utan mula kelihatan dari jauh
4. Feeding time Orang Utan ialah jam 3ptg. Melihatkan gaya org utan ni, kami percaya mereka telah dilatih* utk datang pada jam 3 utk makan.
5. Selain aksi bergayut yg mempersonakan, terdapat aksi yg agak melampau (18SX) dipaparkan oleh orang utan ni. **
6. Air tin : RM2.20 (pergh!!)
* Nota penulis : biarpun dilatih utk datang jam 3, tapi Orang Utan tidaklah dibela, sebaliknya dibiarkan hidup bebas didalam hutan.
** Ketika ni, pengunjung mula bersuara, namun jeritan seorg penjaga membuatkan kami terdiam.. “Silent please!!! Thank You”
![]() |
| Inilah calon² pelajar AF. Eh silap, antara budak² ATAT yg sibuk nk bergambar |
![]() |
| Udah le tu, toksah korg berlakon lagi. Kalau nk suh aku amik gambar korg, ckp je, tak perlu berlakon… |
![]() |
| “Ular oh ular, jgn ko makan katak. Klu ko makan, nnt dia panggil hujan”, antara kata² fit |
![]() |
| Oit, sesuka ati korg je bergambar kt dalam kawasan tu ek. Mane buleh bergambar dlm kawasan tu. Sape yg snap nih? |
Destinasi Ketiga : Sandakan Buddha Temple
Time mula² masuk ni, aku agak khuatir jugak la. Kemana juga driver bas ni bawak kitorg. Masuk kuil mane tah. Mane la tau kot² dia nk semayang dulu ke ape. Tapi jangan sangka yang bukan², kami diberitahu, kuil yg terletak diatas bukit ni mempunyai pemandangan pekan dan pelabuhan Sandakan. Mmg view dia sgt lawa la. Nak² pulak, time tu dh petang² sket. So view dia mmg tersgt la lawa… Superb wa cakap sama lu.. Disbbkan kedudukan kuil ni di atas bukit, so bas tak larat nk naik. Terpaksa la beberapa org turun bas sbb bas berat sgt. Hehe.. tapi kami tak kisah sbb mmg best la.
![]() |
| Pintu masuk ke kuil Sandakan.Tersergam indah |
![]() |
| Inilah dia pemandangan Pekan Sandakan dari kuil tu. Kan aku dh bilang, lain kali ikut, kan dh jeles ngan gamba ni |
![]() |
| Gaya paling cool yg dpt difikirkan fahmi time tu. Al-maklum la, pengarah program. Mcm² nk kena pikir selain posing. |
![]() |
| Aku pun tak pasti apa yg pengarah program cuba lakukan. Takpe la, yg penting sume happy. |
![]() |
| Pose maut dari hadi. Dilarang melakukan aksi ini di tiang lampu atau pagar sekolah. |
Destinasi Keempat : B&B Budget Hotel. (Bed and Breakfast)
Inilah tempat menginap kami pada hari pertama. Terletak betul² kt tepi laut pastu cantek je kt sebelah ada KFC ngan free wireless. Kami book 4 bilik; 3 bilik utk lelaki dan 1 bilik utk yang perempuan. Nama pun budget hotel, so jgn la korg mengharap ada bath tab ke ape. Yg penting ada tempat tido ngan bilik mandi. Susunan bilik lak :-
i) no 104 - Fit, hadi, black, apish (bilik ni mmg mewah abis)
ii) no 202 - yuzz, fahmi, idan, terrence dan ijan (tak bape mewah sgt, sbb takde air con)
iii) no 204 - amir, bon, butet, syah ks, toknik, yb, arai, ed (huhu, mewah sbb ada air con tp dh macam tin sardin)
Yg pompuan lak, aku tak sure susunan diorg camne.. Takkan aku nk serbu masuk kot.. Giler ape. So korg bayangkan la, bilik yg kecik tu nk sumbat 8 org!! Even dorm pn lagi besar. Tapi takpa, kami tak merungut. Sbb ini yg kami bayar. Tapi, ada peristiwa yg patut korg tau :-
1. Idan conquer tillam queen size. Terrence tido secara duduk bersandarkan beg! Butet lagi ganas..Duduk dan start hari tu, perlumbaan F1 bermula.
2. Fahmi flat abes time ni. Pas semayang trus tido smp esok pagi.
3. Sebelah hotel ni, ada restoran, Restoran Bawang Merah. Tapi kalau kat cni, korg kena mintak betul². Makanan dia pn tak bape sedap tapi kitorg makan jugak. Huhu..
4. Aktiviti malam, ada la jugak bdk² gi town (aku tak ikut sbb dh tido dh pun). Diorg ckp jumpe kelab lampu merah ke ape tah..
5. On the way ke hotel ni, terjumpe satu signboard “Jalan Buli Sim-Sim”. Mmg rare abes la nama jalan tu..
![]() |
| Udang yg menjadi trademark atau simbolik Pekan Sandakan. Mujur la bukan ketam, kalau tidak, confirm didi dh terjun bas time tu. |
![]() |
| Jalan Buli Sim-Sim. Hanya di Sandakan. Dirakam oleh jurugambar amatur |
![]() |
| Biarpun di perantauan, KFC tetap jadi pilihan. Seblum kitorg beralih ke kedai makan sebelah. Restoran Bawang Merah. Promosi diorg mmg dahsyat la, beli nasi ayam percuma air sirap. |
![]() |
| Perairan Sandakan. Hotel B&B kitorg betul² berhadapan ngan laut (bilik diorg la, bilik aku mengadap KFC) |
![]() |
| Roof top is accessable to all guest. Kot ye pun, pose la gaya yg lebih menawan. Huduh benar aku tgk |
Itulah dia, sedikit sebanyak bingkisan yang dilalui pada hari pertama oleh kumpulan Anak Tupai Adventure Team ini. Saya sbg jam yg berada ditangan pn turut merasa betapa seronoknya trip kali ini. Biarpun ada halangan dan rintangan, namun itu tidak mematahkan semangat diorg ni. Bagus la korg ni. Ok la, bersambung lagi. Kita tgk pulak apa cabaran dan pengembaraan hari kedua nnt. Tunggu… Sebagai penutup pada hari pertama ni, saksilah betapa terujanya budak² ATAT ni..

Categories : Backpacking, Island Discovery, Leisure Trip








































































Recent Comments